ONEXOX
BannerFans.com

Hari Berkabung : 2 Stesen Radio Kurang Ajar Akan Dihukum

on Sunday, August 24, 2014

Dua stesen radio dikatakan bertindak kurang ajar  dan tidak sensitif dengan tidak mengambil bahagian ketika seluruh negara bertafakur selama seminit pada Hari Perkabungan Negara beberapa hari yang lepas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyatakan pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh isu itu yang disifatkan beliau sebagai biadab dan tidak sensitif.

Tindakan dua stesen radio itu memang tidak boleh dimaafkan kerana bersifat kurang ajar di saat orang ramai dan ahli keluarga mangsa nahas MH17 bersedih menerima kepulangan jenazah yang diberi penghormatan negara oleh kerajaan.

Kalau boleh, elok ditutup sahaja kedua-dua stesen radio berkenaan yang jelas menguntungkan rating daripada menghabiskan hanya sedikit masa untuk bersama-sama rakyat Malaysia bersatu dalam kedukaan.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved