Itulah ungkapan yang saya baca beberapa kali di Facebook yang keluar dari mulut orang yang memandang sinis terhadap usaha boikot.
Mereka bukan hanya dengan sinis menyuruh boikot Facebook, malah juga menyuruh orang-orang yang menyokong usaha boikot supaya turut memboikot perisian komputer dan teknologi moden. Alasan mereka kerana penyumbang-penyumbang teknologi ini terdiri dari Yahudi, Nasrani dan malah ada sebahagiannya yang cenderung kepada kezaliman yang dilakukan terhadap ummat Islam.
Aduh, kalau orang yang berkata sedemikian terdiri dari orang-orang yang umurnya belasan tahun atau umurnya 20-an, saya boleh faham kenapa mereka berkata begitu. Saya boleh terima kedangkalan mereka terhadap isu boikot. Geram juga sebenarnya, tapi masih boleh terima lagi.
Tapi apabila yang berkata itu diajak oleh orang yang lebih dewasa dari itu. Islamik pula. Saya sedih, kecewa dan geram! Marah pun ada!
Hal ini sudah difatwakan ulama berkali-kali sekitar 10 tahun lalu atau lebih. Cubalah cari. Sepatutnya orang-orang yang rajin mengikuti kuliah dan rajin membaca fatwa-fatwa ulama sudah tidak keliru hal ini. Sebab di dalam nasihat-nasihat itu telah dinyatakan bagaimana kedudukannya hal ini. Dan turut dinyatakan bagaimana caranya untuk minimumkan penglibatan kita terhadap produk berteknologi moden ini terutama dari segi menyumbang keuntungan secara langsung kepada mereka.
Saya pernah menyentuh hal ini secara sekali lalu di dalam tulisan bertajuk Boikot Produk Yang Menyokong Yahudi Zionist & Sekutunya sebelum ini:
"Mengenai produk-produk buatan mereka yang masih ummat Islam bergantung dengannya seperti produk teknologi maklumat, sains, komputer, perubatan dan persenjataan, seingat saya ada beberapa ulama telah memberikan fatwa bahawa kita boleh menggunakannya setakat keperluan kita. Produk-produk dalam kategori ini kita masih belum ada alternatif atau alternatifnya sangat kurang. Jadi dalam bab ini, kita boikot setakat termampu. Kerana jika kita memboikotnya, banyak aspek kemajuan kehidupan kita akan terjejas."
Facebook bukanlah suatu keperluan bagi ummat Islam. Mahu guna boleh. Tidak mahu guna pun boleh. Jika mahu menggunakannya, gunalah dengan cara yang tidak menyalahi hukum syara`. Kalau tinggalkan pun bagus juga.
Tulisan ini bukanlah tertumpu kepada Facebook, tetapi ingin menjawab seruan sinis orang-orang yang tidak setuju dengan usaha boikot yang menyuruh orang-orang yang menyokong boikot supaya memboikot sama produk-produk yang dihasilkan dari teknologi pihak yang menyokong zionist. Tak perlulah bersinis-sinisan terhadap seruan boikot sehingga bercakap yang bukan-bukan.
Dengan sinis mereka mengatakan:
“Kalau nak boikot sangat, boikotlah Facebook tu!”
“Kalau nak boikot sangat, boikotlah perisian komputer tu!”
Bagaimana pula ucapan sinis ini?:
“Kalau nak sunnah sangat, naiklah unta!”
Lebih kurang sama bukan? Ya, kita marah apabila orang sebut sebegitu. Tapi itulah hakikatnya tahap fikir sebahagian orang tidak kiralah siapa mereka. Lebih kurang sama sahaja nadanya. Lebih kurang sama sahaja tahap pemikirannya. Mereka tidak faham sesuatu hal dengan mendalam, tetapi mulut tetap hendak bercakap. Melencong pula. Janganlah begitu.
Allahu A`lam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment