ONEXOX
BannerFans.com

Ketua Umum (KETUM) Keadilan, Anwar Ibrahim Mula Merapu Kata Januari Ada 50 Hari

on Monday, August 11, 2014



Apabila dikatakan rumah kata pergi, kubur kata mari, beliau degil dan mengakui dirinya masih layak menjadi Perdana Menteri. Tidak cukup dengan itu, beliau kini sibuk minta isteri jadi Menteri Besar untuk sebuah kerajaan negeri.

Bila kesemua nasihat ikhlas dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan dari luar tidak dipedulikan, kini individu itu sudah pun merapu-rapu di depan kamera dan di dalam sidang media.

Pada satu sidang media yang sudah tersebar rakaman videonya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan desakan yang dibuat daripada parti sudah lama iaitu sejak 50 Januari untuk menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.




Dalam video berkenaan tiada pula pihak yang membetulkan kenyataan itu, jadi bermakna apa yang dicakapkan oleh Anwar itu betullah, sejak 50 Januari.

Jelas tak payah bersuluh bukti demi bukti, Anwar dah mula menunjukkan ciri-ciri seorang yang nyanyuk. Selepas beliau menyebut, 50 Januari berkenaan, ada juga kata-katanya seperti orang yang merapu.

Bukannya penulis hendak reka cerita, lihat sahaja babak itu pada minit 1.27 rakaman video yang dibuat oleh KiniTV ini yang kini disebarkan seantero negara menyatakan pemimpin PKR ini sudah mula merapu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved