Umum mengetahui berita berkenaan HSBC yang bertindak menutup akaun petubuhan atau persatuan Islam yang menyalurkan dana atau bantuan kepada rakyat Gaza. Ini tidak pelik kerana HSBC adalah salah satu bank milik yahudi yang terawal mereka tubuhkan.
Kerana kes tersebut, baru ramai rakyat Malaysia sedar siapakah HSBC ini, mereka beramai-beramai memboikot bank tersebut yang dirasakan terlalu melampau dalam tindakkannya.
Salah seorang yang memboikot HSBC ialah Menteri kita sendiri iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah memprotes tindakan mereka itu dengan menghantar surat permohonan untuk menutup akaunnya dengan bank tersebut. Sejuta syabas dan salute kepada Dato' Sri Ismail.
Harapannya, agar rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di bank tersebut menutup akaunnya dengan segera sebagai tanda protes terhadap tindakan biadapnya kepada NGO Malaysia yang menyokong Palestin.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment