ONEXOX
BannerFans.com

MCDONALD DIBOIKOT, RAMLY BURGER JADI PILIHAN MASYARAKAT

on Wednesday, August 6, 2014



Setelah beberapa ketika diboikot, McDonald kini telah mengalami kemerosotan mahu dari segi jualan mahupun sokongan pengguna.

Kini, syarikat tempatan Ramly, yang terkenal dengan daging burgernya, menjadi semakin popular di Malaysia. Ternyata hasil dari pemboikotan tersebut mendatangkan kebaikan terhadap syarikat tempatan.

Hal ini boleh dilihat apabila di laman sosial Facebook, ramai pengguna memuat naik gambar mereka menjamu selera dengan burger jenama tempatan itu diikuti dengan hashtag #ramly. Ada juga status yang mengatakan gerai Ramly diserang sehingga pelanggan terpaksa beratur untuk membeli burger.



Jika hendak dibandingkan dari segi harga dan keenakan, sudah tentu burger Ramly ini menang. Ramly burger ini menjadi pilihan gerai-gerai kecil yang menjual burger di Malaysia dan harga yang dijual juga adalah murah .Kepada syarikat Ramly, inilah masa untuk menyinar dan memberikan hidangan terbaik kepada rakyat Malaysia.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved