ONEXOX
BannerFans.com

Penduduk Kampung Jumpa Kain Kafan Bentuk Pocong Dan Peralatan Mayat

on Thursday, August 7, 2014

Penduduk Kampung Manjoi, Ipoh telah digemparkan dengan penemuan kain kafan berwarna putih yang menyerupai bentuk pocong serta beberapa kelengkapan mayat di dalam lubang mirip kubur sedalam dua meter di belakang sebuah rumah di Jalan Raja pagi semalam.

Pemilik rumah, Noriasha Ahmad menyatakan kain kafan serta kelengkapan itu ditemui di belakang rumahnya kira-kira jam 8 pagi selepas dia melakukan pemeriksaan di sekitar rumah.

Dia meninjau kawasan sekitar rumah itu selepas suaminya iaitu Ahmad Tohar Kulup bertanya sama ada ada menanam apa-apa tanaman di belakang rumah sehari sebelum kubur itu dijumpai.

“Saya yang tidak sedap hati terus meninjau kawasan sekitar dan terkejut selepas mendapati ia kubur. Malah, sebungkus plastik hitam berisi kapas dan kapur barus juga ditemui bersebelahan kubur itu,” katanya.

Dia segera menghubungi polis selepas meragui isi di dalam kubur berkenaan yang berkemungkinan ada mayat manusia.

“Memang kawasan sekitar rumah saya ini agak sunyi, namun kejadian penemuan kubur ini amat memeranjatkan saya.



Saya juga bimbang jika perbuatan terkutuk seperti amalan ‘menurun’ atau ilmu hitam dilakukan di kawasan ini,” katanya.

Pendakwah terkenal, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menyatakan penemuan kubur bersama kelengkapan mayat itu berkemungkinan antara kaedah untuk membuang saka dan juga amalan ilmu hitam.

Kebiasaannya, amalan khurafat itu dilakukan waris terdekat pemilik saka terbabit untuk membuang saka supaya tidak diganggu kemudian hari.

“Namun, dalam kes seperti ini jika baju yang ditemui bukan milik tuan rumah itu, dia tidak seharusnya berasa bimbang kerana ia tidak dituju kepadanya. Namun tuan rumah boleh mengamalkan ayat al-Quran seperti surah Al-Baqarah untuk mengelak gangguan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved