China memang tidak lekang dengan kisah-kisah pelik. Mungkin kerana kepadatan penduduknya, banyaklah cerita yang timbul.
Terbaru, seorang lelaki yang bernama Xiao di Wilayah Sichuan, hampir maut setelah sebilah pisau tersusuk sedalam 12 sentimeter dipercayai jatuh dari satu tingkat dari sebuah pangsapuri.
"Saya sedang berjalan ke arah pagar dan tiba-tiba terasa sesuatu yang berat jatuh di atas kepala.
"Kemudian setelah menyedari ianya sebilah pisau, saya cuba berpatah balik sejauh 100 meter, tapi saya berasa sakit lalu pengsan. ", katanya kepada Shanghaiist.com
Xiao kini dalam keadaan stabil setelah dibawa ke hospital oleh orang ramai.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment