ONEXOX
BannerFans.com

Rumahtangga Raja Farah Kini Dalam Krisis

on Friday, August 8, 2014

Pengacara dan pelakon, Raja Farah dilihat sering dilihat keluar ke mana-mana keseorangan tanpa bertemankan suaminya iaitu Megat Bashirun.

Namun, Raja Farah telah menafikan hal tersebut dan akui sering keluar tanpa ditemani suaminya, Megat Bashirun kerana suaminya kini menjadi guru selam di Pulau Perhentian, Terengganu.

“Sebenarnya memang saya sudah lama berjauhan dengan suami di atas tuntutan kerja masing-masing. Saya bekerja di Kuala Lumpur dan dia pula di Pulau Perhentian.

“Sebulan ada juga beberapa kali kami berjumpa itu pun jika cuti kami sama. Tapi saya kini jika tidak ada apa-apa urusan di Kuala Lumpur, saya sekarang menetap di Kelantan dekat dengan rumah mertua.

“Nak cerita mengenai hal rumahtangga ini, saya rasa saya lebih suka berdiam diri untuk bercerita mengenai hal peribadi. Cuma yang boleh saya katakan, alhamdulilah setakat ini belum ada masalah besar yang menggugat rumahtangga kami selama 4 tahun ini.

“Mungkin orang boleh timbulkan pelbagai andaian daripada apa yang mereka lihat tetapi yang mengentahui hal sebenar hanya kami berdua sahaja.

“Apa-apa pun saya minta semua agar mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga kami supaya dilindungi daripada apa jua keadaan yang boleh memisahkan kami,”katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved