Dalam serbuan jam 1.30 pagi, sepasukan anggota penguat kuasa PADKM yang membuat pemeriksaan di hotel berkenaan mendapati salah satu biliknya berkunci dari dalam.
Pegawai PADKM, Syeikh Alwi Othman berkata, anggota penguatkuasa mengetuk pintu bilik berkenaan beberapa kali, namun tiada jawapan.
“Bagaimanapun, anggota penguat kuasa terdengar bunyi seperti objek besar jatuh dari belakang hotel itu. Sebaik pintu bilik dipecahkan, anggota PADKM mendapati tingkap bilik terbuka dan menemui beg pakaian di atas tilam serta dua helai seluar dalam tersangkut di sebalik pintu.
“Pemeriksaan di luar bilik mendapati wujud satu lubang dari bumbung belakang sebuah kedai di tepi hotel itu. Namun, selepas hampir setengah jam memeriksa, anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit bersembunyi di atas siling bumbung kedai itu.
“Pasangan berkenaan terkejut dan tidak sempat memakai seluar dalam sebelum melompat keluar melalui tingkap belakang hotel terbabit,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan, kelmarin.
Beliau berkata, remaja perempuan itu yang berusia 17 tahun adalah pelajar berasal dari Tawar, Baling manakala teman lelakinya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menetap di Kuala Ketil.
“Hasil soal siasat mendapati pasangan terbabit mengaku menyewa hotel itu dengan bayaran RM70 selepas pulang meraikan malam Ambang Merdeka di Pantai Merdeka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment