ONEXOX
BannerFans.com

Tali Sarung Kopek Erin Malik pula Jadi Kontrovesi

on Saturday, August 9, 2014

WOW! Jarang kita lihat Erin Malek berpakaian sederhana tetapi cukup elegan untuk sesebuah acara pelancaran filem.

Baru-baru ini, pada pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Di TGV Sunway Piramid, Erin tampil dengan gaun sederhana pendek tanpa lengan beserta rantai. Cukup stail dan sempurna buat si cantik ini. Orang kata 'less is more'.

Kata Erin, 21, dia membeli gaun jenama Dorothy Perkins itu pada hari pelancaran filem tersebut. Pada saat-saat akhir rupa-rupanya! Mujurlah dia sempat hendak bersiap.

Erin Malek menggayakan pakaian yang dibelinya dengan harga RM250.

"Maklumlah saya sibuk dengan penggambaran sehingga tidak sempat nak membeli baju lebih awal.

"Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini (gaun biru) hanya RM250.

"Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi," katanya.

Tambah Erin, memandangkan dia seorang yang lasak, dia juga akan memastikan gaun tersebut memudahkan pergerakannya.

Dalam pada itu, Erin berkata, dia lebih selesa melepaskan rambutnya yang panjang agar dapat menutup pipinya yang tembam.






Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved