Sebuah rakaman video yang memaparkan pergaduhan sesama muslim telah mula tersebar menerusi laman APT sejak semalam.
Punca sebenar pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah masjid yang tidak diketahui lokasinya sebenarnya kurang jelas kerana kata-kata yang diucapkan di dalam video berkenaan menggunakan loghat Kelantan.
Menerusi ruangan komen di bawah video berkenaan, ada komen menyebut bahawa kes ini berkenaan Imam yang memakai jubah itu dikatakan Imam Tarikat Tijani yang sesat.
Penduduk kampung berasa marah apabila solat diimamkan oleh imam tarikat yang tidak diiktiraf. Menurut pemilik akaun itu, kejadian berlaku di kampung yang bersebelahan dengan kampungnya.
Sebahagian besar komen yang dibuat berkenaan video berkenaan pula mahu pengendali laman APT memadamkan sahaja video berkenaan kerana ia dilihat membuka aib dan memaparkan kelemahan umat Islam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment