Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Mississippi telah menyahut cabaran 'Ice Bucket Challenge' yang sedang popular sekarang, tetapi satu kejadian tidak diingini telah berlaku ke atasnya.
Ice Bucket Challenge yang juga dikenali sebagai ALS Ice Bucket Challenge adalah satu aktiviti 'tagging' tagging dalam dunia sebenar dengan mencurahkan sebaldi air yang mengandungi ketulan ais di atas kepala si pencabar. Ianya juga salah satu aktiviti amal dengan menderma kepada kajian penyakit ALS.
Menurut laporan Dailybuzzline.com., gadis berkenaan telah menyahut cabaran tersebut dan merakam aktiviti tesebut di belakang rumah bersama adik disisinya.
Sepupu beliau, Shawn Oley pula berdiri di atas pelantar dengan baldi yang besar penuh dengan air dan bersedia untuk mencurah ke atas Nancy.
Malang tidak berbau, baldi berkenaan terlucut dari tangan Shawn dan menimpa kepala Nancy. Nancy kemudiaanya dikejarkan ke pusat kesihatan Universiti Misssissippi dalam keadaan kritikal.
Gadis malang itu kemudiaanya meninggal dunia akibat kecederaan parah dileher. Keluarga beliau berharap kejadian tersebut akan memberi kesedaran kepada yang menyahut cabaran tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment