Sofia merupakan banduan akhir bakal menjalani hukuman gantung sampai mati selepas disabitkan kesalahan membunuh ahli keluarga sendiri.
Kehadiran Sofia di studio Wanita Hari Ini ternyata memberikan satu suasana yang suram apabila mendengar rintihannya sepanjang menjalani kehidupan di penjara.
Tetamu VIP pada hari itu, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut terharu ketika melihat Sofia dipertemukan dengan ibu bapanya dan juga anak saudara yang paling rapat dengan dirinya.
Menurut Ustaz Abd. Rasyid Ahmad yang turut menjadi tetamu pada hari itu, cara kematian tidak penting tetapi apa yang penting adalah mati dalam keadaan beriman atau Husnul Khatimah.
Sekurang-kurangnya dengan mengetahui waktu dan tiba hari kematiannya, Sofia mungkin sudah melengkapkan dirinya dengan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment