Wanita biadab tersebut menggunakan nama Hu Long melalui aplikasi Whatsapp. Dia menyatakan Sultan Selangor sebagai keturuan lanun bugis dan perlu dijatuhkan dan digantikan dengan wakil yang dipilih melalui demokrasi.
Tidak cukup dengan itu, dia turut menuduh Sultan Sharafuddin sengaja bercuti di luar negara kerana mahu melarikan diri daripada bersemuka dengan Wan Azizah, calon Menteri Besar daripada Pakatan Rakyat menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katak Comel berharap pihak SKMM perlu segera mencari identiti wanita bernama Hu Long ini. Kalau dia merupakan warganegara Malaysia, kerajaan wajib melucutkan kerakyatannya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment