ONEXOX
BannerFans.com

Aeril Zafrel: MIG Masih Hutang Dengan Saya Berpuluh Ribu Ringgit

on Tuesday, September 9, 2014

Seperti tidak ada kesudahan nampaknya pertikaian antara pihak David Teo dan Aeril Zafrel tentang beberapa perkara yang masih berbangkit sehingga ke hari ini. Ada sahaja jawapan dari kedua dua belah pihak yang sebenarnya tidak membantu selesaikan masalah.

Baru baru ini, sebuah audio rakaman perbualan antara wakil MIG dan pengurus Aeril Zafrel telah tersebar di internet menunjukkan yang kereta Suzuki Swift ‘milik’ Wawa Zainal yang hilang sekitar tahun 2013 yang lalu sebenarnya dalam simpanan MIG.

David Teo dan MIG selepas itu menjawab yang kereta Suzuki Swift itu secara terang lagi bersuluh merupakan hak milik MIG dan mereka tidak faham kenapa Aeril Zafrel masih lagi mahu terus memperbesarkan isu dan mencari pasal.

Hari ini menerusi portal GUA, Aeril Zafrel mendedahkan yang pihak MIG masih banyak berhutang wang ringgit dengan dirinya dan Wawa Zainal dengan nilai yang banyak.

“Saya suka mengingatkan David Teo bahawa pihaknya masih lagi berhutang dan tidak membayar baki duit lakonan saya dan isteri (Wawa Zainal) termasuk duit duta produk yang nilainya puluhan ribu ringgit,” kata Aeril Zafrel dengan senyuman penuh makna.

“Jadi tak perlulah dia bersikap seperti seorang yang budiman sebegitu tetapi cukup bersikap jujur melunaskan hutang itu.Namun di sini bukan wang Ringgit pokok persoalannya. Harap jelas”

“Persoalannya cukup mudah, saya hanya meminta supaya dipulangkan dokumen dan barangan peribadi saya, manakala pihak MIG, haruslah mengaku telah mengambil kereta itu tanpa sebarang notis, “ tambah Aeril Zafrel dalam nada sinis.

Dalam temubual yang sama, Aeril Zafrel mencabar David Teo untuk memfailkan saman terhadap dirinya jika benar apa yang dikatakan sebagai satu fitnah buat penerbit filem itu.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved