ONEXOX
BannerFans.com

‘AH BENG’ INI MENANGIS KERANA DIPENJARA SETAHUN HINA RASULULLAH

on Wednesday, September 10, 2014



Kuala Lumpur : SSeorang penyelia tapak pembinaan dipenjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam menggunakan Facebook, Jun lalu.

Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga menamakan nama ‘Chow Jack’ membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Chow dilihat menangis di dalam kandang tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu Facebook dan menghantar komen bersifat jelik di https://www.facebook.com/cpm/chow.jack.982 (yang telah dipadam) dengan niat menyakitkan orang lain.



Chow didakwa melakukan perbuatan itu di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, di sini, pada jam 10.30 pagi 12 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved