Alvin di dalam laman Facebooknya telah mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menyindir tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“If only the IGP is as passionate in fighting crime and corruption as he is in catching people for sedition…,” tulisnya di dalam laman Facebook.
Sebelum ini, Khalid sewaktu dihubungi oleh akhbar Umno menyatakan bahawa pihak polis akan terus mencari penulis blog seks Alvin Tan sehingga ke lubang cacing.
Khalid berkata, tindakan Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.
“Dia (Tan) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengulas mengenai tindakan Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.
Alvin kini dikatakan berada di Los Angeles, Carlifornia berdasarkan lokasi kemas kini di laman sosial Facebook.
Beliau sebelum ini dilapor menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen menyerahkan sementara pasportnya atas alasan ingin ke Singapura untuk penggambaran sebuah filem dokumentari.
Sebelum ini, Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen kerana menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook.
Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk “Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment