Selepas klinik mengesahkan 'orang rumah' hanya ada 7 pain darah dalam badan - loya, pening dan cepat pitam, saya dengan segera menghubungi pengedar Shaklee. Sebotol Vita-Lea berharga RM80 selepas diskaun, makan 2 biji sehari 1 jam selepas makan.
2 minggu selepas itu, tiroid 'orang rumah' tiba-tiba membengkak. Tangan terketar-ketar, degupan jantung terlalu laju.
Tapi tak tau la pula kalau selain pembengkakan tiroid, 'getaran' tangan dan degupan jantung terlalu laju sebahagian dari kesan memakan Vita-Lea ni.
Silapnya, kami tidak mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memakan Vita-Lea ni. Mungkin sebab terlalu risau dan nak 'orang rumah' cepat sembuh, siapa tak sayang bini kan..:)
Jadi, selepas merujuk kepada pakcik Google mengenai kesan sampingan apabila memakan Vita-Lea, rupanya bukan semua pesakit sesuai dengan kandungan yang ada didalamnya!
Vita-Lea Shaklee Bahaya?
Sememangnya Vita-Lea mengandungi banyak manfaat TETAPI ia menjadi BAHAYA jika anda berada dalam situasi tertentu.
Pesakit juga dinasihatkan untuk mendapat nasihat pakar kesihatan atau doktor terlebih dahulu sebelum mengambil Vita-Lea Shaklee sekiranya mengalami salah satu daripada situasi di bawah:
- Mereka yang mempunyai masalah Hyperthyroid. Pesakit ini mengalami masalah kadar iodin yang tinggi dalam darah. Vita-Lea mengandungi iodin, ini akan meningkatkan lagi paras iodin dalam tubuh pesakit dan mungkin akan menyebabkan keradangan.
- Pesakit SLE. Vita-Lea mengandungi alfalfa. Pesakit SLE tidak disarankan untuk mengambil sebarang suplimen yang mengandungi alfalfa. Kerana alfalfa mengandungi asid amino L-canavanine yang boleh mencetuskan serta meningatkan keradangan pesakit SLE.
- Alahan herba. Mereka yang mempunyai masalah alahan dengan herba kerana Vita-Lea Shaklee mengandungi herba iaitu alfalfa.
- Pesakit Thalassemia (terutamanya Thal. Major). Ini kerana Vita-Lea Shakle diformulasikan dengan Zat Besi. Pesakit Thalassemia sendiri mengalami bebanan berlebihan zat besi dalam badan.
Kebaikan Vita-Lea Shaklee
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kebaikan multi-vitamin Vita-Lea Shaklee jika diambil setiap hari, Vita-Lea dikatakan mampu:
- Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
- Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
- Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
- Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
- Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
Jadi, kesimpulannya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang produk kesihatan dan ubat-ubatan luar, sebab mungkin ianya berbahaya kepada kesihatan kita.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment