Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima laporan kematian bayi terbabit daripada pusat asuhan berkenaan pada jam 1.58 petang.
Katanya, sepasukan anggota polis forensik dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Gambar Hiasan
"Setakat ini punca kematian masih disiasat dan menurut ahli keluarga mangsa, bayi berkenaan dihantar ke pusat berkenaan setiap hari isnin hingga jumaat sejak kecil.
"Mengikut siasatan awal pusat asuhan ini sudah beroperasi sejak lapan tahun lalu dan pemilik pusat ini juga mempunyai pengalaman selama 20 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment