ONEXOX
BannerFans.com

Berita Luahan hati gadis kerap dibelasah ibu tiri sejak kecil

on Sunday, September 7, 2014

Kuala Lumpur: “Saya dilempang ibu tiri seawal minggu pertama perkahwinan ayah dengan wanita itu hanya kerana tidak membasuh pinggan selepas makan malam,” kata Ina, 19, mengimbau kenangan pahitnya didera ibu tiri sejak kanak-kanak.

Menurutnya, dia mendapat ‘ibu baru’ ketika usianya baru mencecah lapan tahun selepas ibu kandungnya bercerai dengan ayahnya, dua tahun sebelum itu.

“Ketika kejadian itu ayah tiada di rumah kerana bekerja di Singapura. Saya dilempang berkali-kali dan dimaki hamun dengan perkataan kesat, selain dituduh menyusahkan hidupnya.

“Saya juga diberi amaran supaya tidak mengadu kepada ayah atau diugut akan dipukul dengan lebih teruk. Sebab itu selepas membasuh pinggan, saya terus ke bilik tidur,” katanya.

Selepas kejadian itu, Ina mendakwa kerap dibelasah ibu tirinya yang ketika itu berusia awal 20-an dan perkara itu berlarutan beberapa tahun, namun tidak diketahui bapanya kerana wanita itu ‘berlakon’ baik setiap kali bertemu jika bapanya pulang.

Katanya, ibu tirinya kerap membebel kerana mendakwa diri terbeban dengan tanggungjawab mengelola rumah dan melepaskan marah dengan menjadikannya sebagai mangsa.

“Saya dipukul menggunakan penyangkut baju dan kayu, menyebabkan luka di beberapa bahagian badan. Saya hanya mampu mendiamkan diri dan mengelak bertemu bapa kerana takut masalah ini terbongkar.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved