ONEXOX
BannerFans.com

Cerita Sebenar Remaja Bunuh Anak Anjing Viral Di Facebook

on Wednesday, September 10, 2014



Video seorang remaja lelaki mendera seekor anak anjing yang menjadi viral di laman Facebook kini telah ditahan oleh pihak polis.

Navindran, 15, berasal dari Banting yang kini menetap di Bahau, Seremban didapati mendera seekor anak anjing di sebuah kawasan bangunan kedai terbengkalai dengan beberapa orang rakannya.

Bagaimanapun, Navindran dibebaskan dengan jaminan polis dan kes ini akan dibawa ke mahkamah.

Menurut seorang pengguna Facebook, Puspa Rani, Navindran kehilangan ibunya di usia kanak-kanak. Kehidupannya bertambah perit, apabila dia seringkali didera oleh isteri kedua ayahnya secara mental.

Tidak gemar dengan kehadiran Navindran, wanita berkenaan menghantar Navindran ke rumah ibu saudaranya di Bahau, Seremban.

Menurut ibu saudaranya, Navindran sebenarnya kurang kasih sayang dari keluarganya. Dan dia hanya selalu ingin berada di sisi ayahnya.





Bagaimanapun, video yang merakam tindakan Navindran yang mendera seekor anak anjing tersebar di Facebook mengundang pelbagai tohmahan dari masyarakat.

Puspa Rani meminta orang ramai membantu remaja ini dari memaki hamunnya bertalu-talu. Saranan orang ramai yang mahukan remaja ini disumbat dalam penjara juga dikatakan tidak akan mengubah Navindran menjadi seorang yang lebih baik, sebaliknya menjadikan dia lebih benci kepada masyarakat dan anjing.

Puspa Rani berniat ingin membawa Navindran ke pusat pelindungannya di Kajang dan memberi didikan kepadanya apa erti kehidupan dan tunjukkan kepada dirinya apa itu kasih sayang sesama mahkluk.

Baca luahan hati Puspa Rani di bawah:



Harap cerita ini dapat meredakan kemarahan orang ramai meskipun agak mustahil.

Nota Kaki: Sentiasa ada peluang kedua..

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved