ONEXOX
BannerFans.com

"Hidup lebih tenang tanpa Alvin" - Luahan hati Vivian

on Tuesday, September 30, 2014




Kehidupan Vivian Lee, bekas teman wanita kepada blogger s#ks Alvin Tan, sebenarnya 'lebih aman dan tenang' dalam tempoh tiga bulan sejak lelaki berusia 26 tahun itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS).

"Kami banyak bergaduh. Kebanyakan pergaduhan berpunca daripada perkara-perkara kecil," kata Vivian, 25.

Vivian, dalam mesej Facebook kepada The Star Online berkata dia kini menganggap hubungan mereka secara rasmi telah terputus sejak kehilangan Alvin yang melarikan diri ke AS.

"Oleh kerana dia sah berada di Amerika Syarikat dan telah terputus semua komunikasi dengan saya, saya anggap kami telah putus secara rasmi. Saya masih rindukan dia sekali-sekala, tetapi saya fikir saya perlu melepaskannya," kata Vivian.

Katanya, tidak dapat berpisah dengan Alvin dengan cara yang matang dan 'mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang baik' adalah salah satu daripada perkara yang dikesali, sambil menambah banyak yang telah dipelajari daripada Alvin yang dianggap 'seorang lelaki menawan'.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya untuk masa kami bersama, yang baik dan buruk. Saya bersyukur kerana orang ramai lebih berminat dengan dia, yang membolehkan saya meneruskan hidup tanpa perhatian yang amat nyata," kata Vivian.

Dia berkata fokus semasa Alvin dalam membuat kenyataan politik dan mencabar pihak berkuasa telah membuatkan kerjasamanya dengan lelaki itu sebelum ini dalam blog s#ks 'Sumptuous Erotica' yang tidak lagi berfungsi dan saluran YouTUbe 'S#xcussions with Alvivi' 'seolah-olah tidak penting'.

"Mereka membuatkan nama saya menjadi sebutan sebelum ini, tetapi sekarang saya berpuas hati menjalani kehidupan yang tenang dan mudah," kata Vivian yang bekerja di sebuah pejabat, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog s#ks mereka yang kini tidak lagi berfungsi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana 'ucapan Ramadan' yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas.

Alvin gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.

Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin dan tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.

Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved