ONEXOX
BannerFans.com

LELAKI HINA PDRM GOYANG , MOHON MAAF DI TWITTER

on Monday, September 1, 2014



SEMALAM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber (PCIRC) Polis Diraja Malaysia untuk mengesan dua pengguna Twitter yang telah mengungkapkan kata-kata biadap terhadap polis.

Kedua-dua mereka masing masing menggunakan nama Nasrul Omar dan Viktor Wong. Nasrul Omar telah memuat naik status "@KBAB51 anjing bn", yang mana @KBAB51 adalah nama yang digunakan Tan Sri Khalid di Twitternya.



Viktor Wong pula memuat naik status yang menyatakan PDRM anak haram dan menyamakan Tan Sri Khalid dengan pemimpin Nazi, Henrich Himmler.



Bagaimana pun, Viktor Wong telah memuat naik satu status bagi memohon maaf atas statusnya sebelum ini. Status permohonan maafnya berbunyi “Hello @PDRMsia @KBAB51, saya menarik balik kenyataan ‘anak haram’ dan memohon maaf kepada anda dan semua anggota.”



Harap Viktor Wong ni sedarlah akan kesalahannya. Berkenaan dengan Nasrul Omar pula, tak ada berita lagi. Kalau tak puas hati dengan seseorang, gunakanlah bahasa baik, bukan dengan memanggil orang anjing

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved