Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.
Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.
“Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.
"Saya cuba menguatkan semangat dan lebih berhati-hati ketika keluar bersama anak" Katanya yang ditemui di rumahnya, semalam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment