MH17 : Jenazah Ibu Dan Anak Akhirnya Disatukan

on Tuesday, September 9, 2014

Jenazah anak kecil berusia setahun, Benjamin Lee Jian Han akhirnya disatukan bersama mendiang ibunya, Ng Shi Ing setelah hampir terpisah selama dua bulan yang turut terkorban dalam insiden pesawat Malaysia Airlines MH17.

Jenazah Benjamin tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat jam 8.28 pagi bersama jenazah Tambi Jiee merangkap kakitangan Shell yang bertugas di Kazakstan sejak tiga tahun lepas.

Sebaik keranda yang menempatkan abu anak kecil itu dibawa turun dari pesawat untuk dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, waris keluarga kelihatan mengesat air mata dan saling berpelukan.

Kemudian, kenderaan jenazah beredar dari pekarangan Kompleks Bunga Raya dengan diiringi pandangan sayu serta linangan air mata waris mangsa.
 
Jenazah Benjamin dibawa menuju ke Pusat Xiao En Bereavement di Cheras untuk diletakkan bersama-sama abu mendiang Shi Ing dan adik perempuan Shi Ing iaitu Elisabeth Ng Lyeti.

Kanak-kanak malang itu terkorban dalam perjalanan pulang selepas menemani ibunya yang juga seorang pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaysia Sabah ketika menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved