ONEXOX
BannerFans.com

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIGILIS TRELER

on Monday, September 8, 2014

BUKIT MERTAJAM – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang turut melibatkan sebuah kereta dan lori treler di Kilometer 149.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini tengah malam tadi.

Mohd Azam Alias, 37, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan. Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor berkata ketika kejadian pada pukul 12.25 tengah malam itu, Mohd Azam dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Perai, dekat sini.

Beliau berkata motosikal yang ditunggang Mohd Azam melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang diletak di lorong kecemasan menyebabkan dia terjatuh
di laluan sebelah kanan.

“Sebuah lori treler yang melalui kawasan itu tidak sempat mengelak lalu menggilis lelaki itu dan mengheret mangsa kira-kira 85 meter,” katanya.







Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved