Tidak dinafikan Lana Nordin merupakan antara selebriti wanita tempatan paling banyak terpalit dalam kontroversi bukan sahaja kerana keseksian penampilannya di khalayak ramai tetapi juga kisah cintanya yang tiada penamat.
Kontroversi yang paling diingat mengenai Pamela Anderson Malaysia itu ialah hubungan cintanya dengan aktor berbakat besar, Johan As’ari yang hanya bertahan beberapa minggu sebelum putus di tengah jalan.
Ramai peminat melahirkan rasa simpati kepada Lana kerana menjadi mangsa cinta palsu lelaki. Begitupun, beliau tidak pernah putus asa untuk bertemu jodoh dan percaya semuanya ketentuan Allah.
Baru-baru ini, sebuah portal hiburan terkenal menerima sekeping gambar intim Lana Nordin dengan jejaka kacak di sebuah restoran di Jepun. Lelaki tersebut mencuri perhatian peminat kerana dilihat mempunyai banyak tatu di bahagian tangan dan badan.
Siapa agaknya gerangan jejaka macho itu? Nampaknya, Lana memang bertuah, kalau yang lain pergi dari hidupnya, pasti ramai yang bersedia jadi pengganti, tak gitu?
Daripada komen-komen peminat yang ditinggalkan di bawah gambar itu, ramai mendoakan mereka berdua cepat-cepat bertemu jodoh.
Bagaimanapun, ada juga sebahagian pengikut Lana yang mempertikaikan tatu pada badan jejaka pilihan hatinya yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya sebagai orang islam namun pertanyaan itu telah dijelaskan oleh Lana.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment