Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah menyatakan kejadian berkenaan disedari ibu bayi tersebut ketika mahu menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam beberapa hari yang lepas.
Bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.
“Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa,” katanya.
Bayi tersebut kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut.
Polis telah menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari sama bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment