Pakar Belanda menyatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pecah di udara selepas ditembusi oleh beberapa objek pada kelajuan tinggi.
Laporan awal siasatan membabitkan tragedi MH17 yang dikendalikan Lembaga Keselamatan Belanda menyatakan tiada bukti teknikal atau kesilapan manusia.
Hasil laporan adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kotak hitam pesawat yang mengandungi data rakaman, kawalan trafik udara, imej satelit dan gambar dari tempat nahas untuk melengkapkan laporan berkenaan.
Pesawat itu kemungkinan pesawat itu pecah di udara akibat daripada kerosakan struktur disebabkan oleh beberapa objek berkelajuan tinggi yang menembusi pesawat berkenaan dari luar.
Rakaman suara kokpit membuktikan tiada tanda-tanda mengenai sebarang kesilapan teknikal atau situasi kecemasan.
Kerajaan Ukraine dan beberapa pemimpin negara Barat menyatakan ada bukti kukuh bahawa pemberontak pro-Russia yang menembak jatuh pesawat komersial berkenaan dengan sistem anti-pesawat dikenali sebagai BUK.
Namun, pihak Russia menafikan dakwaan bahawa mereka membekalkan sebarang senjata atau peluru berpandu kepada pemberontak tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment