SELANGOR: Sebuah motosikal telah dicuri oleh sekumpulan lelaki di kawasan parkir yang terletak di hadapan sebuah hotel, Batu Cave berhampiran dengan pasaraya Giant berhadapan dengan lebuh raya MRR2 pada 27 September lalu.
Kejadian tersebut bagaimanapun telah berjaya dirakam oleh CCTV hotel berkenaan. Kejadian tersebut yang dilakukan oleh 4 orang lelaki bermotosikal telah mengambil masa 4 minit untuk mencuri motosikal berkenaan.
Berdasarkan video, kumpulan pencuri tersebut telah datang dengan peralatan yang lengkap yang dipercayai sudah bertujuan untuk mencari kenderaan yang akan dicuri.
Video di bawah telah dihantar oleh keluar mangsa kepada Siakapkeli.com mudahan-mudahan ada diantara pembaca yang kenal ataupun mempunyai maklumat kecurian berkenaan dan boleh membuat laporan di balai polis berdekatan.
Berikut adalah rakaman penuh kecurian motosikal tersebut:
Post by Siakap Keli.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment