ONEXOX
BannerFans.com

Video: Tiga Jenazah Yang Dipindahkan Masih Elok dan Berbau Wangi

on Tuesday, September 9, 2014



Salah sebuah kubur yang terpaksa dipindahkan ‘dihuni’ seorang wanita yang banyak berjasa semasa hidupnya termasuklah memberi pendidikan agama secara percuma kepada kanak-kanak di kampung.

Walaupun telah dikebumikan lebih lapan tahun yang lalu, ternyata jenazah makcik ini masih berada dalam keadaan baik.

Kuku pada jari jenazah dan rambutnya juga dikatakan terus tumbuh panjang seperti orang hidup.
Rambut dan kukunya juga tumbuh panjang.

Kain kafan yang digunakan untuk membalut jenazah juga berada dalam keadaan baik dan cuma kelihatan sedikit kekuningan.



Bertambah misteri, kawasan kubur juga dipenuhi dengan bau daun pandan walaupun tumbuh-tumbuhan itu tidak ditanam atau kelihatan di kawasan berhampiran.

Selain jenazah makcik itu, dua jenazah lagi juga ditemui dalam keadaan yang sama.

Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Johor memberitahu kebanyakan jenazah akan reput dalam tempoh dua hingga empat tahun dan keadaan jenazah yang tidak reput selepas lapan tahun adalah jarang ditemui.

SEMENTARA itu, Abdullah Abdul Karim, 74, yang juga menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006 berkata, ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.

“Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” katanya pada Harian Metro.

Ketika dikeluarkan dari liang lahad , mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.

Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.

Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

“Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

“Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” katanya ketika ditemui.

Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.
“Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.

“Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya,” katanya.

Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.

“Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar,” katanya.

Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka…

Al-Fatihah.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved