Para tawanan itu dibekalkan dengan senjata tajam dikerah ke gelanggang yang disediakan untuk bertarung sesama sendiri. Prinsip membunuh atau dibunuh berlaku di sini. Petarung yang bertahan akan dijadikan tukang pukul.
Kejadian ini terbongkar selepas penemuan beberapa kuburan besar yang dipercayai mengandungi lebih dari 400 mayat di dalamnya dalam beberapa bulan lepas.
Wilayah sempadan Mexico digempur pihak berkuasa dan mengistiharkan perang terhadap Gulf dan Zeta, iaitu kartel yang dibentuk pada tahun 1990-an oleh bekas tentera dan pecahan dari Gulf.
Semenjak tahun 2006, sekurang-kurang 5,300 penduduk Mexico hilang. Saksi menyatakan melihat mereka diambil begitu saja dari bas-bas oleh gengster.
“Ramai orang hilang begitu saja, banyak yang lenyap secara berkelompok. Tetapi tidak ada tuntutan wang tebusan,” kata seorang aktivis hak asasi manusia.
Beberapa mangsa penculikan dipaksa membunuh orang. Ada yang ditemukan tergantung di jalan. Sementara itu sebahagian besar dari 200 mayat ditemukan di kubur di negara Tamaulipas, kelihatan dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment