ONEXOX
BannerFans.com

3 Gambar wajah terbaru Nabila Huda paling class dan memukau

on Thursday, October 16, 2014

Puteri Sulung Legenda Rock tanahair, Amy Search, Nabila Huda sedikit pun tidak terkesan berada di bawah bayang bapanya. Malah, bintangnya bersinar terang di persada pentas lakonan kerana bakat seninya yang semulajadi.

Nabila berada dalam kelas tersendiri, setiap kritikan membentuknya menjadi pelakon yang lebih baik dari hari ke hari.

Penggambaran muka depan bersama Nabila Huda, 30, berlangsung lewat petang. Kami terpaksa akur dengan jadual lakonannya yang terlalu padat, namun amat berterima kasih kepada Nabila kerana sanggup pulang berkejaran dari Seremban ke Kuala Lumpur hanya untuk GLAM.

Malah, ibu kepada Keisha, 4, sampai ke muka pintu studio dalam keadaan masih menyarung baju kurung kapas yang dipakainya terus dari set penggambaran.


Sudah 13 tahun Nabila berkecimpung dalam arena seni lakon. Nyata usahanya tidak sia-sia apabila Nabila Huda kini dikenali sebagai antara segelintir pelakon pelapis muda paling profilik di kaca televisyen hari ini.

Walau kini ada kebanjiran aktres muda yang lebih menjual rupa dari bakat, Nabila jelas muncul dalam kelas tersendiri. Lakonannya sepenuh hati. Sepenuh jiwa dan raganya disalurkan kepada watak yang diberi. Walau banyak kontroversi mencengkam, kehebatan Nabila sebagai pelakon tidak pernah disangsikan.

Sambil disolek, Nabila bercerita mengenai drama-drama yang pernah dilakonkannya. Nampaknya rezeki Nabila seakan tidak putus berdasarkan tawaran demi tawaran yang masuk seperti bertali arus





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved