Pada kebiasanya orang perempuanlah yang selalu ada Teddy Bear kan... tetapi pernah tak terfikir, kenapa patung beruang itu dipanggil dengan nama Teddy Bear?
OK cakap banyak tak guna.. jom baca info ni..
Pada November 1902, gabenor Mississippi telah mengajak Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt untuk pergi berburu di Mississippi.
Pada masa itu ramai pemburu lain telah dapat tangkap dan bunuh binatang itu. Kemudian, pasukan Presiden itu dapat tangkap seekor beruang hitam.
Selepas puas belasah beruang itu sampai lembik, mereka pun ikat beruang itu pada pokok. Lalu mereka menyuruh Presiden untuk tembak sendiri beruang itu sebagai penghormatan untuk Presiden itu.
Tetapi, Presiden itu menolak dan mengangggap tidak profesional dan tiada semangat berburu. Lalu, dia mengarahkan mereka menembak beruang itu.
Peristiwa itu menjadi topik hangat di seluruh Amerika dan dijadikan kartun politik dalam paper The Washington Post. Dalam kartun itu, beruang dilukis kecil dan nampak comel.
Seorang pemilik kedai mainan, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun itu dan mendapat inspirasi untuk mencipta mainan baru.
Dia pun menghasilkan mainan seekor beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden Theodore Roosevelt untuk meminta kebenarannya untuk menamakan patung beruang itu dengan nama samarannya, Teddy. Maka, lekatlah nama Teddy Bear hingga sekarang.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment