Pasangan suami isteri Diana Rafar dan suami Zamarul Hisham kini digosipkan mempunyai masalah dan sehingga keluar cerita mereka sudah dingin dan tidak tinggal bersama.
Diana Rafar akui hubungan agak dingin namun menegaskan dia masih isteri kepada Zamarul Hisham.
Ini kenyataan panjang lebar dari Diana Rafar:
"Saya sedar ramai yang mahukan penjelasan mengenai status kami hanya disebabkan mereka lihat kami jarang bersama-sama. Malah dalam laman sosial juga jarang kami bergambar berdua.
"Apabila selalu orang bertanya, saya tak tahu nak jawab apa. Jadi pada kebanyakan masa saya memang akan berdiam diri. Kalau orang bertanya di laman sosial contohnya, saya ambil pendekatan memadam semua komen-komen sebegitu.
"Saya memang tak nak tengok (komen negatif) sebab hanya akan menyakitkan hati dan membuat saya tertekan,"
"Saya akui masa kami bersama-sama agak terhad. Tetapi itu disebabkan dia sibuk bekerja dan banyak masanya dihabiskan di lokasi penggambaran. Kami tak pernah membangkitkan isu ini kerana selalunya saya dan dia buat tak tahu sahaja agar tidak mengeruhkan keadaan.
"Sebagai seorang isteri, saya amat memahami dia. Saya tahu ada yang bertanya kepadanya (tentang rumah tangga) tetapi dia tak pernah jawab. Itu prinsip dia. Hal-hal seperti ini, dia memang susah untuk buka mulut. Namun ingin saya jelaskan yang saya dengan dia baik.
"Ada juga yang bertanya , boleh tahankah Diana dengan sikap Zamarul yang begitu. Saya senang untuk menjawab, ini adalah pilihan saya. Justeru sudah tentulah saya menerima seadanya,"
Semoga hubungan dan perkahwinan Diana Rafar dan Zamarul sentiasa kuat dan berbahagia.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment