Kuala Lumpur 7 Okt. - Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan hari ini berkata, gaji permulaan sebanyak RM2,500 yang diperoleh oleh 'fresh graduate' sudah cukup sekiranya menguruskan kewangan dengan bijak selain mengamalkan tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.
Menurutnya lagi, purata jumlah berkenaan adalah munasabah kerana jika dibandingkan kemahiran mereka dengan risiko yang diambil oleh majikan yang menggaji mereka.
Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, mereka yang boros tidak akan merasakan gaji mereka cukup mesti pun angka yang mereka peroleh setiap bulan adalah besar.
"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", memetik Bernama.
Beliau juga berkata, jika kewangan masih belum kukuh, mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak perlu tergesa-gesa membeli kereta.
"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.
Pandangan kami yang sekadar rakyat biasa ini pula , RM2,500 memang lah cukup jika 'fresh graduate' itu seorang yang bujang dan hendak membujang dalam tempoh 4-5 tahun. Angka 2,500 itu memang cukup-cukup makan kalau di bandar. Kalau boleh simpan pun dalam RM 300- RM 800.
Tetapi masalah sekarang ialah:
- Taraf hidup semakin meningkat
- Harga aset kekal semakin mahal (semakin hari semakin mahal)
Jika 'fresh graduate' ni tidak boleh menyimpan wang atau hanya boleh menyimpan wang dalam kuantiti yang sedikit, macam mana mereka ini hendak hidup di masa akan datang, dengan harga rumah dan tanah yang semakin mahal seperti tiada kawalan. Takkanlah nak menyewa sampai ke tua? Bagaimana pula dengan mereka yang mahu berkeluarga?
Katakanlah jika 'fresh graduate' mampu menyimpan RM 2,000 sebulan, ini bermakna dia akan mempunyai wang simpanan sebanyak RM 240,000 dalam masa 10 tahun. Katakanlah purata harga rumah pada tahun ini adalah RM 500,000 (rasanya lebih), simpanan selama 10 tahun pun tak mampu lagi membeli sebuah rumah di Malaysia.
Dan di tambah lagi, kami rasakan pada sepuluh tahun akan datang, harga rumah tadi tidak akan sama. Paling kurang pun RM 750,000. Itu tak dicampur lagi dengan interest dari bank.
Kesimpulan dari kami, jika dilihat dari sudut jangka masa pendek, angka RM2,500 itu boleh diterima pakai tetapi jika difikirkan dari sudut jangka masa panjang, rasanya angka itu tidak relevan memandangkan kos hidup yang semakin hari semakin melonjak naik dan harga asset yang semakin mahal serta tidak dilupakan, pinjaman kewangan dengan interest yang tinggi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
RM2500 DOK KAMPONG BLEH LA..DOK KL MAMPOS...SEWA BILIK JER RM350 PLING MURAH...PTPTN RM300 BAGI MAK AYAH DI KAMPUNG RM300,MAKAN RM25/ DAY.MINYAK MOTO RM3/DAY..BUAT PE BELAJAR TINGGI2 KLU NAK NAIK MOTO JER SMPAI TUA....BELAJOR SAMPAI DEGREE TP DAPAT GJ BAWAH KADAR KEMISKINAN,.
October 7, 2014 at 6:57 PM
kalau nak gaji lebih ....usaha lebih ...buat bisness. ini graduate pun dengan cgpa cukup2 makan ...mau demand gaji tinggi. skill pun blum ada.
October 7, 2014 at 9:38 PM
Bukan semua fresh graduate gaji bermula dengan RM2,500. Saya sebagai Eksekutif IT (fresh graduate) bila gaji dah tolak EPF, Socso & Kelab Syarikat, gaji yang saya terima cuma RM1,800. Bujang. Duduk KL. Mak ayah di kampung orang susah. Sayalah harapan untuk naikkan taraf hidup keluarga dikampung. Agak-agak ada tak simpanan yang dapat saya buat? Pergi balik kerja naik bas pun masih tidak dapat nak berjimat. Belum kira tenaga yang habis tunggu bas & berlari di tempat awam kejar masa elak tertinggal bas. Agak-agak dapat tak saya gunakan masa selepas waktu pejabat buat kerja lain untuk cari duit tambahan?... Hmmmm Jimat sangat dah ni. Baju pergi kerja dah 3 tahun, masih yang sama & semakin pudar. Kasut kerja sudah setahun, tak terkira berapa kali gamkan guna gam gajah. Masih bersyukur sebab ada juga kerja. Tak boleh bayang orang lain yang jauh lebih susah. Sangat sedih. Fikirkanlah sama......... Jangan nak banding-bandingkan benda yang tidak logik sahaja............
October 7, 2014 at 10:47 PM
yang pakar buat tu leh la cakap. name dah pakar, misti pendapatan pakar bukan rm2500. cube kalau pakar bergajikan rm2500. xde nye die kate cukupnye. nak bagi anak bini makan pasir hari-hari boleh la. bahase bahlol.
October 8, 2014 at 6:17 PM
Post a Comment