Umum tahu, Ustaz Khairul Azli ialah jejaka yang dikaitkan bercinta dengan bekas pelakon Abby Abadi bulan lalu. Kini hubungan mereka didakwa semakin mesra dan Abby pernah mengaku secara terbuka sayangkan Khairul.
Apapun, jodoh itu ketentuan Allah dan kita hanya mampu berdoa untuk kebahagian pasangan ini. Tentu ramai peminat di luar sana berkongsi perasaan gembira dengan perkembangan terbaru Abby.
Cuma apa yang menjadi tanda tanya ialah sekeping foto beliau memakai baju pink dan tudung merah ketika bergambar bersama dengan ustaz tersebut.
Ia agak mengejutkan kerana cara posing, jenis pakaian dan jenis tudung yang dipakainya exactly sama macam ketika beliau bergambar dengan bekas suami dulu, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.
Apakah maksud di sebalik persamaan ini? Pasti ramai peminat tertanya-tanya, tak gitu?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment