Penjelasan Hukum Memakan Janin Bayi Lembu Ketika Korban Aidiladha
Dalam kitab fiqh mazhab Syafi’ie iaitu “Matan al-Ghayah wa al-Taqrib” atau lebih dikenali dengan “Matan Abi Syuja” menyebut:
وذكاة الجنين بذكاة أمه, إلا أن يوجد حيا فيُذكّى
Maknanya: Penyembelihan janin melalui penyembelihan ibunya, melainkan kalau didapati ia masih hidup, maka ia mesti disembelih(jika ingin dimakan).
Maka hukum memakan janin binatang ternak yang mati hasil penyembelihan ibunya adalah halal, melainkan didapati ia masih hidup selepas dikeluarkan dari perut ibunya yang telah mati, maka ia mesti disembelih untuk tujuan makan.
Hukum ini berteras sebuah dalil dari hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:
عن أبي سعيد قال سألنا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الجنين فقال كلوه إن شئتم فإن ذكاته ذكاة أمه
Maksudnya: Abu Sa’id al-Khudri Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami telah bertanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang janin, lalu Baginda bersabda: ‘Makan lah jika kamu mahu kerana penyembelihan ia(janin) melalui penyembelihan ibunya’.” (Hadith riwayat Imam Ibn Majah)
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment