Baru-baru ini, satu gambar yang menunjukkan keratan berita mengenai kenaikan tarif elektrik telah tersebar secara meluas terutamanya di aplikasi Whatsapp.
Setelah disiasat, ternyata gambar tersebut telah diedit oleh pihak-pihak tertentu menandakan khabar angin tersebut adalah palsu.
Perubahan yang dikesan pada gambar tersebut hanyalah pada tarikh dan gambar yang telah ditambah oleh pihak berkenaan bagi mengelirukan umum. Dengan meletakkan tarikh 5/10/2014, orang ramai mungkin terkeliru dengan menafsir tarif elektrik bakal naik mulai Januari 2015 walhal berita asal memberitahu kenaikan bermula pada Januari 2014.
Berita asal yang bertarikh pada Disember 2013 itu dipercayai diambil dari portal berita Malaysia Insider dan mula disebarkan pada minggu lalu. Petikan berita di dalam keratan gambar palsu itu juga langsung tidak diubah menguatkan lagi kepalsuan gambar tersebut.
Diharap agar orang ramai berhenti berkongsi khabar angin palsu ini kerana khuatir boleh menimbulkan fitnah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment