ONEXOX
BannerFans.com

MANGSA TRAGEDI MH17 MEMAKAI TOPENG OKSIGEN KETIKA DIJUMPAI - MENTERI BELANDA

on Friday, October 10, 2014



Salah seorang dari mangsa nahas tragedi MH17 dijumpai dalam keadaan memakai topeng oksigen, kata seorang Menteri Belanda, Frans Timmermans, dalam satu temu bual, menyebabkan kenyataan pakar bahawa mangsa mati dalam masa beberapa saat dipersoalkan.

Oleh kerana kenyataan yang mengejutkan itu, salah seorang peguam yang mewakili keluarga yang terlibat berkata ia telah menyebabkan kemarahan mereka kerana tidak diberitahu sebelum ini.

"Ramai yang terkejut apabila mendengar tentang perkara ini dan menyebabkan timbul persoalan terdapat informasi lain yang tidak dikongsi", peguam, Veeru Mewa memberitahu stesen TV tempatan Belanda.

Timmermans membuat kenyataan itu dalam rancangan "Pauw" pada hari Rabu dengan berkata "Adakah anda tahu yang seseorang dijumpai dengan topeng oksigen di mulutnya - jadi mereka ada masa nak meletaknya di dalam mulut?". Kenyataan ini telah menimbulkan keraguan mengenai kenyataan pakar yang mangsa nahas MH17 mati dalam sekelip mata kerana ditembak dengan bahan letupan yang mampat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved