Malah, tinjauan yang dilakukan semalam juga menguatkan lagi laporan bersiri Harian Metro Jumaat lalu mengenai empat kawasan pelacuran kelas rendah di ibu negara iaitu Lorong Haji Taib, Pasar Pudu, Jalan Alor dan Brickfields di ibu kota yang dipenuhi pelacur wanita tempatan dan warga asing serta pondan yang beroperasi 24 jam sejak puluhan tahun dulu.
Dalam laporan itu mendakwa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya mencontohi Datuk Bandar Surabaya yang bertindak berani menutup Gang Dolly yang menjadi antara lokasi pelacuran tertua di Asia Tenggara.
Tinjauan selama sejam Harian Metro bermula jam 12.30 tengah hari mendapati hampir semua lorong hanyir itu dipenuhi warga asing, kebanyakannya dipercayai buruh kontrak terdiri daripada warga pelbagai negara.
Kebanyakan mereka yang datang secara individu atau berkumpulan dilihat keluar masuk bersilih ganti di bangunan lama dua tingkat itu.
Malah, di setiap rumah tumpangan dipenuhi warga asing yang beratur menunggu giliran.
Pemerhatian Harian Metro mendapati sepanjang laluan itu ‘lorong gelap’ itu beberapa bapa ayam lengkap dengan walkie-talkie memerhati penuh minat setiap pelanggan dan sekiranya pelanggan terdiri daripada warga tempatan, mereka akan mula berhubung antara satu sama lain sebelum mengekori dari jauh.
Semua kawasan itu pernah diserbu polis termasuk premis disita DBKL, namun masih beroperasi seperti biasa berikutan sentiasa ada permintaan daripada pelanggan.
Peniaga di Brickfields yang mahu dikenali sebagai Chandra, 30, berkata, setiap kali musim perayaan kawasan pelacuran bagaikan pesta dengan kesesakan luar biasa membabitkan kehadiran begitu ramai lelaki warga asing itu.
“Itu adalah pemandangan biasa di sini berikutan kawasan ini memang terkenal dengan aktiviti pelacuran.
“Sepatutnya pihak DBKL menutup terus rumah pelacuran berkenaan supaya kawasan bebas daripada aktiviti tidak bermoral,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment