ONEXOX
BannerFans.com

Pelajar Politeknik Johor & 7 budak diculik mahu dijual di Siam!

on Saturday, October 18, 2014

Polis sedang menjejaki tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian culik membabitkan tujuh mangsa di Johor Bahru malam tadi.

Jurucakap polis dalam satu kenyataannya memberitahu, suspek menggunakan sebuah lori berwarna putih seperti lori muatan ais untuk menculik mangsa yang nombor pendaftarannya tidak pasti.

Menurut jurucakap tersebut, salah seorang mangsa yang merupakan pelajar Politeknik di Ibrahim, Pasir Gudang telah berjaya melarikan diri ketika suspek mengisi minyak di sebuah stesen di Dungun, Terengganu pada pukul 7.05 pagi Sabtu.

“Kesemua mangsa yang berada di dalam lori itu merupakan kanak-kanak berusia lingkungan lima tahun dan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Kanak-kanak yang diculik itu daripada bangsa Melayu, Cina dan India dengan kanak-kanak Melayu itu hanya dikenali sebagai Mira.



Gambar Hiasan

Jurucakap itu berkata, mangsa iaitu Norazliza Abd. Manab, 20, yang berjaya melarikan diri telah membuat laporan di Balai Polis Dungun.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada mangsa, suspek akan membawa ke semua mangsa ke Thailand dan pertukaran kenderaan akan dibuat di Kuala Terengganu bagi mengelak di kesan pihak berkuasa.

Katanya lagi, salah seorang daripada suspek memakai baju-t berwarna merah dan menggunakan loghat Kelantan dalam perbualan mereka.Polis menerusi beberapa kontinjen iaitu Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis sedang mengesan suspek ketika ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved