ONEXOX
BannerFans.com

Pencinta Kucing SILA BACA! Elakkan Memberi Kucing Anda Panadol!

on Wednesday, October 8, 2014

Kucing sakit diberi panadol
Ya, aku juga pernah terfikirkan cara tu untuk sembuhkan kucing. Memandangkan kawasan kediaman ku ni tiada klinik haiwan berdekatan. Pernah juga aku terfikir nak bagi kucing aku makan panadol. Tapi aku tak pernah buat.

Panadol ubat mujarab buat manusia
Panadol dah sebati dalam kehidupanku. Asal sakit kepala makan panadol. Asal demam je suap panadol. Panadol memang berkesan untuk hilangkan sakit. Lagipun fungsi panadol sebagai ubat penahan sakit memang mujarab!

Adakah kucing boleh diberikan panadol?
Jawapannya TIDAK. So jangan sesekali kita bagi kucing makan panadol. Bahaya woo..

Sebab kucing tidak boleh diberi panadol
Badan kucing tidak mempunyai keupayaan untuk memproses panadol. Jadi, ubat yang diberikan itu akan terkumpul, tidak diproses, berkembang dan menjadi toksin di dalam badan kucing.

Kesan panadol terhadap kucing
Toksin yang merebak dalam badan kucing akan mengakibatkan salur darah mereka mengembang dan rosak, lidah dan gusi bertukar menjadi warna coklat gelap atau hitam, kerosakan pada hati dan boleh mengakibatkan kematian. See, pemberian panadol pada kucing boleh mengakibatkan kematian! Gerun weh, kemain aku sayang kat kucing-kucing aku.

Apa tindakan yang perlu kita buat bila kucing sakit
Jika kucing kita sakit atau demam, hantar segera kucing tersebut ke veterinary atau klinik haiwan. Itulah solusi terbaik untuk sembuhkan kucing sakit.

Kes kucing sakit diberi panadol
Ianya juga pernah terjadi, ini kes benar. Si A ni bagi kucing makan panadol coz dia tengok kucing tu lemah, tak bermaya, tak nak makan, pendek kata kucing tu jatuh sakit.

So dia hancurkan 1 biji panadol campur dengan air, then bagi kucing ni minum bancuhan panadol. Time dia bagi kucing makan panadol waktu pagi.

Then petangnya bila dia jenguk balik, kucing tu dah tak bergerak. Rupanya kucing tu dah mati. Ada buih putih keluar dari mulut kucing.

Macam yang diterangkan kat atas, panadol tak berfungsi sembuhkan kucing malah mengakibatkan kesan yang buruk terhadap kucing. Panadol bertukar menjadi toksin!

Ingat, jangan bagi kucing kita makan panadol. Kang tak pasal-pasal kucing kita jatuh sakit dengan melaratnya. Selamat bermanja dengan kucing :)


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved