ONEXOX
BannerFans.com

Penutur 'Ale Uto' (kepala butoh), Golongan Kurang Kasih Sayang

on Friday, October 24, 2014

Trend golongan remaja dewasa kini gemar menyebut 'ale uto' semakin menjadi-jadi. Ada yang menganggap ia bermaksud 'I love you too', maksud lainnya pula adalah 'kepala b****h'. Namun setelah diselidik, maksud sebenar frasa kata itu adalah lu-cah!

"Golongan ini adalah individu yang mahukan perhatian. Dia buat, dia rasa seronok, bila sudah seronok, dia sanggup buat apa sahaja untuk tunjukkan kepada masyarakat tentang perangainya itu," jelas  Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan.

Menurut Dr Abdul Jalil, golongan muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.

"Trend remaja yang suka mengungkap perkatan berunsur lucah 'ale uto' (yang merupakan singkatan kepada perkataan yang membawa maksud lu-cah) di dalam perbualan seharian mereka.

"Ia menjadi 'viral' di media sosial dan turut dirakam oleh seorang remaja dari Pantai Timur dalam sebuah video pendek yang telah dimuat naik di laman YouTube.

Pelaku berkenaan juga dianggap cuba menjadi 'hero' atau 'heroin' masyarakat dan mengalami masalah sikap.

"Ia sama juga dengan mereka yang memuat naik gambar makanan di laman Facebook. Apa motif sebenar kelakuan itu, dari segi jati diri memang tiada, cuma dia tunggu orang lain kata dia hebat," jelasnya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Amir said...

alaahai..tutup aurat dah cantik dah. tapi..isk..

ke diorang ni tak tahu maksud perkataan tu apa?


October 24, 2014 at 7:31 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved