ONEXOX
BannerFans.com

Perlukah Bagi Bonus Kepada Penjawat Awam Yang Suka Curik Tulang Tiap Kali Bentang Bajet?

on Wednesday, October 8, 2014

Pengumuman pemberian bonus untuk penjawat awam yang diumumkan dalam bajet tahunan Malaysia saban tahun diakui memberikan kegembiraan kepada sektor awam tetapi ia membangkitkan persoalan, adakah pemberian bonus itu akan menjadikan keseluruhan penjawat awam melaksanakan tugas mereka dengan baik?

Pakar ekonomi dari Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Aun menyatakan Malaysia membelanjakan 33% daripada belanjawan tahunan untuk pembangunan sejak sedekad lalu. Akan tetapi perbelanjaan pembangunan hanya meliputi sekitar 20% hari ini.

Angka 33% itu antara 1998 hingga 2001, sebelum jatuh ke 26% antara 2002 hingga 2008 dan terus menurun ke 23% (2009-2011), dan akhirnya, 20% (2012-2014).

Sejak tiga tahun lalu, jumlah yang dibelanjakan bagi gaji penjawat awam menyamai dan kemudiannya menjadi lebih besar daripada jumlah untuk pembangunan, menurut dokumen Kementerian Kewangan.

Pada 2012, sejumlah RM52 bilion digunakan untuk gaji dan pendapatan penjawat awam atau “emolumen” berbanding RM51.2 bilion yang digunakan untuk pembangunan. Jumlahnya membentuk 22% daripada keseluruhan belanjawan negara.

Pada 2013, sejumlah RM58.6 bilion atau 23% daripada belanjawan digunakan untuk membayar emolumen dengan hanya RM49.7 bilion digunakan bagi pembangunan.

Jumlah emolumen kemudiannya meningkat kepada RM63.6 bilion pada 2014 atau 24% daripada belanjawan.
 
Manakala dana pembangunan mengecil kepada hanya RM46.5 bilion.
Daripada 2004 hingga 2012, kadar penggajian pekerja sektor awam daripada keseluruhan penggajian, meningkat daripada 9.86% kepada 10.04%.

“Sepanjang tempoh ini, anggaran saya menunjukkan kadar penggajian penjawat awam meningkat sebanyak 3.31% setiap tahun, manakala kadar penggajian sektor swasta meningkat 3.05% setahun.

Perkhidmatan awam atau swasta?

Jadi, adakah jumlah tenaga kerja sudah menjadi terlebih besar?

Lee berkata memandangkan Malaysia mahu menjadi negara dengan ekonomi berasaskan perkhidmatan, ia memerlukan jumlah penjawat awam yang besar.

Namun, Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menyatakan anggapan sebegitu timbul disebabkan cara negara ini mendefinasikan kakitangan kerajaannya.

Menjelang pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 iaitu Jumaat ini, jaminan yang akan diberi Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan dalam usaha meningkatkan kecekapan kerajaan akan menentukan sama ada beliau akan mendapat lebih cemuhan atau sorakan apabila mengumumkan bonus untuk penjawat awam.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved