ONEXOX
BannerFans.com

Punca Sebenar Bot Tempur TLDM CB204 Hilang Terjawab

on Monday, October 6, 2014

Punca sebenar bot tempur TLDM CB204 hilang terjawab. Seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa syukur sebaik sahaja bot TLDM CB 204 telah ditemui pada pukul 6.00 petang Isnin 6 Oktober 2014 dengan kesemua 7 anak kapal berada dalam keadaan selamat. Untuk info, bot tempur TLDM CB204 disahkan terputus hubungan pada pukul 1.05 petang 5 Oktober 2014 akibat cuaca yang teruk serta ombak bergelora diperairan Sabah. Posisi terakhir bot tempur berkenaan adalah di kedudukan 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.



Punca Sebenar Bot Tempur TLDM CB204 Hilang

Bot tempur TLDM CB204 dipercayai mengalami masalah enjin dan kerosakan pada bahagian steering gear berikutan dipukul ombak yang kuat sebelum ianya disahkan terputus hubungan pada 1.05 petang ahad 5 oktober 2014. Namun, kapal KD Ganas telah menerima isyarat kecemasan daripada bot CB204 pada jam 3 petang isnin 6 Oktober 2014. Pada pukul 6.00 petang, bot tempur CB204 dengan 7 krew telah ditemui selamat.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved