Baru-baru ini, Abby Abadi ada memuatnaik gambar perbualannya dengan bekas suami iaitu Norman Hakim
.
Perbualan itu mengundang pelbagai reaksi dari para follower sehingga ada yang mendoakan mereka berdua bersatu kembali.
Kini ramai pihak igin tahu apa reaksi dan komen Memey Suhaiza tentang perbualan ini. Adakah Memey cemburu ataupun kecil hati?
Ini komen Memey Suhaiza (mStar):
"Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.
"Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut,"
"Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui tambahan pula saya lebih kenal siapa suami saya malah hubungan saya dengan Abby juga cukup baik.
"Dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya,"
Jadi maknanya Memey Suhaiza tidak terkesan dengan perbualan ini kerana Norman Hakim ada menunjukkan mesej tersebut sebelum menghantar kepada Abby Abadi.
Hubungan Memey Suhaiza dan Abby Abadi juga kini memang baik jadi tidak perlu untu berkecil hati ataupun cemburu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment