Susulan dari isu Hospital Ampang Puteri ingin menaja Rozita Che Wan bersalin tidak lama lagi, ramai pihak yang mengecam tindakan hospital tersebut serta tindakan Che Ta yang menerima tawaran itu meskipun berkemampuan.
Bukan itu saja, Che Ta juga selalu menerima pelbagai kritikan pedas dari follower Instagramnya berikutan dengan kenyataan medianya baru-baru ini yang menyatakan ‘Saya boleh mintak apa saja’ dianggap sebagai angkuh.
Berang dengan dakwaan itu, Che Ta akhirnya melepaskan amarahnya secara terbuka di Instagram.
“Saya boleh mintak apa saja” maknanya saya boleh pilih doktor mana yang saya nak! Itu je… awak ni bodoh ke bangang dah bc story tu pn tp tak paham!!!! Lain kali klau bengap sgt nk paham cerita, bc la seqibu kali supaya org tk ckp bodoh!!! Ni la yg dikatakan bodoh tk boleh di ajar!” balasnya dengan marah.
Dalam keadaan yang masih mengandung, bahasa-bahasa sedemikian amatlah tidak sesuai diucapkan. Bahkan followers Instagramnya juga tidak menyangka Che Ta berbahasa sedemikian.
Ekoran dari itu, ada sesetengah followersnya mengingatkan Che Ta agar menjaga tutur katanya ketika mengandung. Kerana apa yang diucapkan itu bimbang akan terpalit balik kepada anak yang dikandung.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment