Artikel yang melabel dirinya sebagai pelacur tersebut bukan sahaja memalukan dirinya malah memberi impak yang sama terhadap ahli keluarganya.
melatiSHAH ALAM: Jamila Rahim meluahkan rasa kecewanya selepas dituduh sebagai pelacur dan telah menggadai agama oleh sesetengah pihak dalam beberapa artikel yang disiarkan di dalam beberapa portal media.
Jamila atau lebih dikenali sebagai Melati Rahim menegaskan pendiriannya bahawa beliau hanya ingin menyertai parti DAP dan tidak pernah sesekali menggadai agamanya.
“Saya hanya ingin masuk parti ini dan saya tidak pernah menukar agama saya.
“Saya masih Islam dan saya ingin tekankan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai dua artikel daripada portal media MYKMU yang berjudul ‘Melati lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP’ dan daripada Free Malaysia Today yang berjudul ‘DAP dan Politik Onani’.
Hari ini beliau bersama dua ahli DAP yang lain, Dyana Sofya dan Syefura Othman serta peguam DAP, Gobind Singh telah membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai dua artikel tersebut.
Melati juga berkata bahawa artikel yang melabel dirinya sebagai pelacur tersebut bukan sahaja memalukan dirinya malah memberi impak yang sama terhadap ahli keluarganya.
“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera,” jelasnya.
Sementara itu, ahli DAP, Dyana Sofya Mohd Daud turut menyelar pihak yang menulis artikel tersebut kerana mempunyai niat untuk menjatuhkannya.
“Setiap kali ada penglibatan ahli DAP daripada perempuan, ada sahaja dakwaan yang tidak baik dilontarkan.
sefura rara“Rara (Syefura Othman), Melati sudah kena dan ini semua jelas merupakan satu serangan berbentuk emosi. Bagaimana kita mahu lebih banyak wanita untuk terlibat dalam politik selepas ini?,” soalnya.
Tambahnya, DAP merupakan sebuah parti yang sah dan mereka berhak membuat pilihan untuk memasuki parti yang diingini.
“Kita sepatutnya bersikap lebih matang,” katanya.
Sementara itu, salah seorang ahli DAP, Syefura Othman pula berkata artikel berkenaan telah menjatuhkan maruahnya sebagai perempuan.
“Mereka ini telah menjatuhkan maruah sebagai wanita secara terang-terangan. Bagaimana kita nak tarik lebih ramai wanita memasuki politik? Bila kita masuk sesebuah parti, kita dihina seperti ini. Saya harap tindakan dapat diambil.
“Martabat wanita tinggi dan kita tidak perlu dihina seperti itu,” ujarnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment