ONEXOX
BannerFans.com

Potong Gaji Penjawat Awam 10% Untuk Beri Kepada Isteri & Ibu Bapa

on Saturday, November 29, 2014



KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kewangan berbincang bagi melaksanakan potongan gaji penjawat awam sebanyak 10 peratus secara automatik untuk diserahkan kepada isteri masing-masing, kata Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Jika sebelum ini, perkara itu (potongan gaji) sudah dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan yang membabitkan anggota tentera. Saya harap ia boleh dilaksanakan sepenuhnya di semua jabatan kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Dalam pada itu, Puteri turut mencadangkan kerajaan wujudkan program bantu siswa mendapatkan pekerjaan kerana lebih 64,000 graduan wanita masih menganggur.




Sehubungan itu, Puteri UMNO menggesa kerajaan supaya melaksanakan konsep kerja dari rumah dan waktu kerja secara fleksibel terhadap golongan wanita muda profesional seperti yang diamalkan di negara maju ketika ini.

Katanya, trend wanita berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa semakin meningkat menyebabkan banyak kehilangan tenaga kerja di kalangan wanita muda profesional.

“Keadaan ekonomi sekarang memaksa kaum wanita turut sama menjadi penyumbang kepada pendapatan keluarga. Sehubungan itu, Puteri UMNO mencadangkan supaya usul memperkasakan wanita bekerjaya diperluaskan dalam di sektor awam.

“Ia antara lain menggalakkan konsep kerja dari rumah serta kerja secara fleksibel yang berjaya diamalkan di negara maju,” katanya, lapor Berita Harian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved